Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Abang Long Fadil 2


Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil , yang terjerumus ke dalam dunia mafia , didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden di sebuah hotel yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger . Selepas insiden pembunuhan seorang wanita di hotel , Fadil telah diberkas oleh pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sendiri .
Dalam pada masa yang sama , Yana dan rakan sejawatnya Ali , merupakan wartawan dari TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Sampai satu tahap dimana orang ramai mengatakan Fadil itu tiger.
Fadil terpaksa menjadi pembunuh upahan Taji Samprit dan Wak Doyok untuk membersihkan namanya . Fadil juga terpaksa menghadapi situasi yang lebih sukar apabila Wak Doyok memberi tugasan supaya membunuh ayahnya iaitu Taji Samprit . Pelbagai hadiah dan habuan mewah telah diberikan kepada fadil seperti apartmen mewah , senjata canggih dan juga wang tunai